Scoop Masthead

Tiada isu menghadap istana, pertemuan 25 Adun N. Sembilan focus perkemas jentera: Jalaluddin

Featured

KUALA LUMPUR – Di sebalik teka-teki kemelut politik yang melanda Negeri Sembilan, pertemuan tertutup melibatkan 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) blok kerajaan malam tadi disahkan sama sekali tidak menyentuh isu menghadap istana.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan, sesi khas di Menara Dato’ Onn itu sebaliknya bersifat memperkemas jentera dan membakar semangat wakil rakyat agar terus fokus kepada khidmat bakti kepada rakyat.

“Kita bagi satu naratif, satu petua supaya Adun, 25 Adun yang ada ini menjalankan tugas di kawasan masing-masing, perkukuhkan parti dan juga tunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya kepada media selepas pertemuan itu di Menara Dato’ Onn di sini malam tadi.

Langkah drastik ini turut menyaksikan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turun padang memberi peringatan tegas kepada barisan Adun supaya tidak terganggu dengan sebarang spekulasi semasa.

Mesyuarat berprofil tinggi itu turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi parti termasuk Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. – 1 Oktober, 2026